BAB 2:

Asas Copywriting Berkesan – Tak Perlu Power, Asalkan Jelas


 

Copywriting Yang Berkesan = Bukan Cantik, Tapi Tepat

 

Bukan pasal guna perkataan bombastik. Tapi pasal satu formula simple:

Faham masalah buyer + Tawarkan solusi = Jualan berlaku

 

Dengar macam mudah jer..

Tapi ramai yang sangkut sebab tak tahu satu perkara penting…

 

Kenapa Buyer Tak Beli?

Kadang bukan sebab harga.

Bukan sebab produk kau tak bagus.

Tapi sebab:

 

❌ Dia tak rasa itu masalah dia

 

❌ Dia tak nampak kenapa kena beli SEKARANG

 

❌ Ayat kau hambar & buat dia skrol lalu je

 

 

Contoh klasik:

 

❌ “Sabun ni diperbuat daripada ekstrak herba premium yang diproses secara tradisional…”

✅ “Jerawat makin bernanah lepas guna sabun biasa? Cuba ni – formula khas untuk kulit sensitif & berjerawat. Ramai dah lega dalam 3 hari.”

 

Nampak beza?

 

Satu cerita pasal produk.

Satu lagi cerita pasal masalah buyer.

 

Itu beza ayat yang informatif vs ayat yang buat orang terasa.

 

Dan ayat yang terasa tu lah yang convert.

 

So, kalau kau nak buat iklan, tanya dulu:

  • Siapa buyer aku?
  • Apa struggle dia sekarang?
  • Apa yang dia nak sangat rasa?
  • Apa jadi kalau dia tak selesaikan sekarang?

 

Bila kau jawab soalan tu, baru kau boleh bina ayat yang menjual secara senyap.

 

Ayat yang buat buyer bisik,

“Ini macam ditulis untuk aku…”

 

 

 

📐 Struktur Copywriting Yang Convert

 

Ada banyak formula, tapi paling simple & terbukti:

HOOK – BODY – CTA

 

1. HOOK (Tangkap perhatian)

Contoh:

“Kau stress sebab sale makin drop tiap minggu?”

“Ayat iklan kau buat orang lari?”

 

2. BODY (Masalah + Emosi + Solusi)

Contoh:

Ramai seller post hari-hari tapi takde siapa pun DM.

Mungkin bukan produk kau bermasalah – tapi ayat iklan kau yang tak kena.

Kau kena tulis ayat yang cakap direct kat hati buyer.

 

3. CTA (Call to action – ajak buat sesuatu)

Contoh:

“Nak saya bantu? Dapatkan eBook ni sekarang.”

“Tekan link & mula hasilkan ayat iklan sendiri guna ChatGPT.”

 

 

 

⚠️ Jangan Buat 3 Kesalahan Ni:

  • Tulis terlalu panjang tapi tak jelas masalah buyer
  • Terlalu banyak fakta, tapi kurang emosi
  • Tak ada CTA → pembaca blur nak buat apa

 

💥 Copywriting = Masuk Dalam Kepala Buyer

 

Soalan yang kau kena tanya setiap kali nak tulis ayat:

  • Siapa buyer aku?
  • Apa masalah yang dia tengah alami sekarang?
  • Apa perasaan dia bila hadap masalah tu?
  • Apa yang dia sebenarnya nak rasa?

 

Contoh:

Buyer: Ibu muda yang struggle turunkan berat selepas bersalin

Masalah: Berat tak turun walau dah diet

Emosi: Rasa malu, down, tak yakin

Solusi: Program detoks khas ibu lepas bersalin

Ayat: “Baju lama semua dah ketat? Cuba plan detoks lembut ni – khas untuk ibu lepas pantang.”

 

 

✅ Rumusan Bab 2:

Struktur penting: HOOK – BODY – CTA

Masuk kepala buyer, bukan hanya senaraikan ciri produk

Tulislah untuk orang yang tengah cari jalan keluar dari masalah dia